Thursday, July 3, 2014

Iftar 2014

Iftar 2014 - STAR Batch 98
Date: 5 July 2014 (Saturday)
Venue: MAEPS Bistro, Serdang
Pax: RM 49 per Pax
(Child 4-11 Years: RM 25)
Bank-In Deposit:
MOHD HAZWAN BIN HUSSIN
Maybank: 162106792034
CIMB: 7015967548
Saper2 nak join sila bubuh nama
1) SuKuN - Paid
2) Bini SuKuN - Paid
3) Cop - Paid
4) Bini Cop - Paid
5) Rasis - Paid
6) Jony
7) Abu - Paid
8) Din - Paid
9) Bini Din - Paid
10) Jojo - Paid
11) Bini Jojo - Paid
12) Prai - Paid
13) Bini Prai - Paid
14) Syahrir - Paid
15) Bini Syahrir - Paid
16) Badut - Paid
17) Asak - Paid
18) Kawan Asak - Paid
19) Redza - Paid
20) Ex gf Redza - Paid
21) Hazim - Atas Pagar
22) Bini Hazim - Atas Pagar

Thursday, February 18, 2010

Tabung Batch Untuk OBW 2018

Salam bros,

Daripada undian yang telah dijalankan, majoriti memilih untuk collect duit untuk mengisi tabung batch. So dengan ini, aku akan take over kerja2 collect yuran tahunan untuk tabung batch dari Kamal (kalo ada bantahan sila kemukakan). Aku hanya akan in charge duit masuk sahaja. Segala duit keluar still Kamal akan manage. Walaupon kita memilih untuk collect duit, anda juga digalakkan untuk mengemukakan sebarang idea untuk menambah kantung batch. Nak organize event ke pape ke, silalah kemukakan idea2 anda. Collect duit is just one of the way only.

Sebagai permulaan (dah mula pon dulu) dan untuk tidak membebankan, aku nak set yuran tahunan nih at RM50 per year. Kalau ada bantahan sila kemukakan. Daripada Batch 38 nye facebook group, kita dah ada dalam 53 members. That's already half of the batch members. Ada lagik yang ada facebook tapi tak masuk dalam group tuh for dont know what reason. So aku percaya kita can reach out to most of our batch members. Anda adalah digalakkan untuk menjadi member to Batch 38 nye facebook group untuk memudahkan mesej2 disampaikan dengan cepat dan berkesan. Sila tanya Bapak pasal group nih. Selain facebook, mailing list ini juga akan digunakan untuk tujuan menyebarkan mesej2 berkenaan tabung batch ini. Di samping itu, anda adalah digalakkan untuk mencari rakan2 yang telah lama menyepikan diri untuk sama2 join the group and contribute kepada tabung batch.

Sebagai menghormati hak demokrasi, anda tidak dipaksa untuk membayar yuran tahunan ini. Jika anda merasakan tidak perlu untuk membayar yuran tahunan ini, sila announce kat mailing list atau boleh emel aku personally (kalo malu) dengan menyatakan sebab2 anda tidak mahu menyumbang dan nama anda akan dikeluarkan daripada senarai pembayar.

Dengan pengenalan konsep CAT (Cakapje Action Tarak) dibeberapa buat negeri sejak March 2008, anda dialu2kan untuk mengaudit akaun batch untuk mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku. Aku akan bagi yearly account statement for scrutiny. As it stands, these are our batch's account details:

Nombor Akaun: 1642 5834 3968 (Maybank)
Nama Pemegang Akaun: Kamalhafez Bin Che Abdul Manaf
Baki pada 17/2/2010: RM687.05
Tujuan akaun/yuran: Mengumpul dana secukupnya untuk menganjurkan OBW menjelang tahun 2018 (8 tahun dari sekarang)

KPI aku untuk collect yuran nih is to finish everything by 31st March every year. Sila berikan kerjasama anda. So anda boleh la mula membuat pembayaran ke nombor akaun yang tertera. Sebarang pindahan wang sila masukkan email aku gerbert_20@yahoo.com dan SMS aku @ 012-3241153 untuk mengelakkan keciciran. Bayaran tunai kepada aku tidak akan diterima harap maklum. Marilah sama2 menjayakan hasrat ini.

Saya yang menjalankan tugas,
redza

P/S - Bapak, please announce mende2 berkaitan tabung batch nih kat facebook group. thanks for your effort.

Tuesday, November 17, 2009

Rugby Game In Kelantan

From STAROBA's website

STAR U15 rugger team will represent Perak on the 20th of this month at Kota Bharu, Kelantan. A few people have registered their interest to attend the game. We have contacted Mokhtar Hamid who agreed to be the coordinator on the Kota Bharu side if and when we get enough old boys to go to KB to cheer the school.

If you are interested to attend the game in KB - please contact us so STAROBA can organize the group in Kota Bharu and perhaps throw in a party as well (should we win).

Please contact staroba@staroba.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it if you are interested or you can call Tamunif Mokhtar.


Tuesday, October 6, 2009

Lanjutan Program Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Merujuk kepada post sebelum ini (sila rujuk di sini), aku sudah pun berbincang dengan kaunselor di sekolah aku mengenai perancangan kita. Beliau mencadangkan agar kita dapat berbincang secara ringkas sesama kita terlebih dahulu mengenai pengisian program kita nanti. Kaunselor tersebut juga bersetuju untuk membantu dari segi kertas kerja yang akan dihantar kepada pihak sekolah.

Di antara persoalan yang telah ditimbulkan kepada aku :
  1. bentuk program (ceramah/ceramah+perbincangan dalam kumpulan/ceramah+bengkel)
  2. kumpulan sasaran (pelajar Ting. 4, Ting. 5 atau Ting. 4 & 5)
  3. tempoh masa program (1 sesi pagi/2 sesi pagi/3 sesi pagi & petang/4 sesi pagi & petang/5 sesi pagi, petang & malam)
  4. pengisian program
Diharap kepada mana-mana individu yang berpengalaman, silalah memberikan komen/cadangan/pendapat untuk kita bincangkan bersama. Sememangnya sebaik-baiknya kita dapat bersemuka untuk membincangkan perkara ini namun disebabkan kesuntukan masa, kita boleh berbincang di sini (yahoogroup/facebook/blog batch).

Thursday, October 1, 2009

Majlis Hari Raya STAROBA

Dato' Presiden dan AJK STAROBA dengan segala hormatnya menjemput semua ahli-ahli STAROBA untuk menghadiri Majlis Hari Raya STAROBA 2009 yang akan diadakan pada tarikh, waktu dan tempat sebagaimana berikut;

Ahad, 11hb Oktober dari jam 8:00 hingga 11:00 malam
Pusat Komuniti Bukit Damansara (berdekatan dgn masjid)

Note:
MAP of Pusat Komuniti Bukit Damansara. The hall is located exactly opposite Masjid Saidina Umar Al Khattab.

p/s : ada saper-saper yang nak pergi? kalau ada boleh kita konvoi pergi ramai-ramai.

Wednesday, September 16, 2009

Program Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sepertimana tajuk di atas, sukalah aku untuk mencadangkan agar batch kita dapat menjalankan satu projek yang dikenali sebagai "Program Kembali Ke Sekolah : Eksplorasi Alam Kerjaya"/"Back To School Program : Career Guidance". Secara kasarnya, aku mencadangkan agar beberapa wakil dari batch kita untuk memberikan sedikit panduan kerjaya kepada adik-adik pelajar STAR sekarang. Sebagai contohnya, Pilot, Mama & Din boleh memberikan panduan bagaimana untuk menjadi seorang juruterbang, Joni & Shabab boleh memberi ceramah mengenai PTD, Sukun & Cop pula memberi pandangan mengenai kerjaya sebagai seorang jurutera perisian.

Batch kita juga banyak menghasilkan mereka yang terlibat di dalam industri 'oil & gas'. Selain daripada memberikan panduan mengenai kerjaya yang biasa, kita juga boleh meminta Khalid & Boy untuk memberi ceramah bidang 'Food & Beverage', satu bidang yang aku rasa agak jarang dipilih oleh pelajar STAR. Mungkin orang kaya Peon boleh memberi pandangan mengenai perniagaan beliau.

Mungkin ada juga kerjaya yang tidak aku sentuh disini, tetapi dengan adanya kerjasama dari kita semua, mungkin perkara ini boleh dipanjangkan kepada STAROBA untuk perhatian pihak berkenaan. Ini juga boleh dikatakan sebagai salah satu sumbangan batch kita kepada sekolah yang kita cintai.

P/S : Program yang sama juga pernah aku buat bulan Mei yang lalu dengan pasukan bola keranjang. Aku rasa, pihak sekolah juga berbesar hati menerima sumbangan kita ini. Kalau perkara ini emndapat sambutan, aku akan cuba panjangkan kepada pihak sekolah untuk mengatur masa. Dicadangkan program ini dijalankan seawal-awalnya tahun depan (Kalau tahun ni, aku rasa dah suntuk sangat).