Tuesday, October 6, 2009

Lanjutan Program Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Merujuk kepada post sebelum ini (sila rujuk di sini), aku sudah pun berbincang dengan kaunselor di sekolah aku mengenai perancangan kita. Beliau mencadangkan agar kita dapat berbincang secara ringkas sesama kita terlebih dahulu mengenai pengisian program kita nanti. Kaunselor tersebut juga bersetuju untuk membantu dari segi kertas kerja yang akan dihantar kepada pihak sekolah.

Di antara persoalan yang telah ditimbulkan kepada aku :
  1. bentuk program (ceramah/ceramah+perbincangan dalam kumpulan/ceramah+bengkel)
  2. kumpulan sasaran (pelajar Ting. 4, Ting. 5 atau Ting. 4 & 5)
  3. tempoh masa program (1 sesi pagi/2 sesi pagi/3 sesi pagi & petang/4 sesi pagi & petang/5 sesi pagi, petang & malam)
  4. pengisian program
Diharap kepada mana-mana individu yang berpengalaman, silalah memberikan komen/cadangan/pendapat untuk kita bincangkan bersama. Sememangnya sebaik-baiknya kita dapat bersemuka untuk membincangkan perkara ini namun disebabkan kesuntukan masa, kita boleh berbincang di sini (yahoogroup/facebook/blog batch).

No comments: