Tuesday, November 17, 2009

Rugby Game In Kelantan

From STAROBA's website

STAR U15 rugger team will represent Perak on the 20th of this month at Kota Bharu, Kelantan. A few people have registered their interest to attend the game. We have contacted Mokhtar Hamid who agreed to be the coordinator on the Kota Bharu side if and when we get enough old boys to go to KB to cheer the school.

If you are interested to attend the game in KB - please contact us so STAROBA can organize the group in Kota Bharu and perhaps throw in a party as well (should we win).

Please contact staroba@staroba.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it if you are interested or you can call Tamunif Mokhtar.


Tuesday, October 6, 2009

Lanjutan Program Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Merujuk kepada post sebelum ini (sila rujuk di sini), aku sudah pun berbincang dengan kaunselor di sekolah aku mengenai perancangan kita. Beliau mencadangkan agar kita dapat berbincang secara ringkas sesama kita terlebih dahulu mengenai pengisian program kita nanti. Kaunselor tersebut juga bersetuju untuk membantu dari segi kertas kerja yang akan dihantar kepada pihak sekolah.

Di antara persoalan yang telah ditimbulkan kepada aku :
  1. bentuk program (ceramah/ceramah+perbincangan dalam kumpulan/ceramah+bengkel)
  2. kumpulan sasaran (pelajar Ting. 4, Ting. 5 atau Ting. 4 & 5)
  3. tempoh masa program (1 sesi pagi/2 sesi pagi/3 sesi pagi & petang/4 sesi pagi & petang/5 sesi pagi, petang & malam)
  4. pengisian program
Diharap kepada mana-mana individu yang berpengalaman, silalah memberikan komen/cadangan/pendapat untuk kita bincangkan bersama. Sememangnya sebaik-baiknya kita dapat bersemuka untuk membincangkan perkara ini namun disebabkan kesuntukan masa, kita boleh berbincang di sini (yahoogroup/facebook/blog batch).

Thursday, October 1, 2009

Majlis Hari Raya STAROBA

Dato' Presiden dan AJK STAROBA dengan segala hormatnya menjemput semua ahli-ahli STAROBA untuk menghadiri Majlis Hari Raya STAROBA 2009 yang akan diadakan pada tarikh, waktu dan tempat sebagaimana berikut;

Ahad, 11hb Oktober dari jam 8:00 hingga 11:00 malam
Pusat Komuniti Bukit Damansara (berdekatan dgn masjid)

Note:
MAP of Pusat Komuniti Bukit Damansara. The hall is located exactly opposite Masjid Saidina Umar Al Khattab.

p/s : ada saper-saper yang nak pergi? kalau ada boleh kita konvoi pergi ramai-ramai.

Wednesday, September 16, 2009

Program Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sepertimana tajuk di atas, sukalah aku untuk mencadangkan agar batch kita dapat menjalankan satu projek yang dikenali sebagai "Program Kembali Ke Sekolah : Eksplorasi Alam Kerjaya"/"Back To School Program : Career Guidance". Secara kasarnya, aku mencadangkan agar beberapa wakil dari batch kita untuk memberikan sedikit panduan kerjaya kepada adik-adik pelajar STAR sekarang. Sebagai contohnya, Pilot, Mama & Din boleh memberikan panduan bagaimana untuk menjadi seorang juruterbang, Joni & Shabab boleh memberi ceramah mengenai PTD, Sukun & Cop pula memberi pandangan mengenai kerjaya sebagai seorang jurutera perisian.

Batch kita juga banyak menghasilkan mereka yang terlibat di dalam industri 'oil & gas'. Selain daripada memberikan panduan mengenai kerjaya yang biasa, kita juga boleh meminta Khalid & Boy untuk memberi ceramah bidang 'Food & Beverage', satu bidang yang aku rasa agak jarang dipilih oleh pelajar STAR. Mungkin orang kaya Peon boleh memberi pandangan mengenai perniagaan beliau.

Mungkin ada juga kerjaya yang tidak aku sentuh disini, tetapi dengan adanya kerjasama dari kita semua, mungkin perkara ini boleh dipanjangkan kepada STAROBA untuk perhatian pihak berkenaan. Ini juga boleh dikatakan sebagai salah satu sumbangan batch kita kepada sekolah yang kita cintai.

P/S : Program yang sama juga pernah aku buat bulan Mei yang lalu dengan pasukan bola keranjang. Aku rasa, pihak sekolah juga berbesar hati menerima sumbangan kita ini. Kalau perkara ini emndapat sambutan, aku akan cuba panjangkan kepada pihak sekolah untuk mengatur masa. Dicadangkan program ini dijalankan seawal-awalnya tahun depan (Kalau tahun ni, aku rasa dah suntuk sangat).

Sunday, September 13, 2009

Terima Kasih

Saya selaku wakil organizer bagi Majlis Berbuka Puasa Batch of 38 Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh yang telah berlangsung semalam di Restoran Kunang Kunang, Gombak, mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa untuk beramah mesra sesama ahli. Kepada wife & anak Aloi yang sanggup bersama-sama menyertai majlis yang datang dari jauh, kepada isteri-isteri yang sanggup membiarkan suami masing-masing menjadi orang bujang, kepada Walla yang datang jugak walaupun lambat sikit, kepada Asak & Badut yang men'join'kan diri disaat-saat akhir, termasuk juga yang lain-lain, aku ucapkan jutaan terima kasih atas komitmen anda semua. Laporan majlis akan disediakan oleh Encik Boy.

p/s aku dengar ada yang nak buat majlis Hari Raya nanti. Kalau ada apa-apa perkembangan, akan diberitahu kelak

Friday, September 11, 2009

Senarai Ahli Mesyuarat Agung Batch 38, 12 September 2009, Restoran Kunang Kunang, Gombak

Senarai yg akan hadir majlis berbuka Sabtu ni ialah... (updated!)
  1. Boy - on the spot payment
  2. Pilot - balance RM11.00
  3. Najib - balance RM11.00
  4. Skn - fully paid. thank you
  5. Cop - fully paid. thank you
  6. Pijis - fully paid. thank you
  7. Wanted - balance RM15.20
  8. Walla - balance RM11.00
  9. Prai - return RM57.80
  10. Aloi & wife - on the spot payment
  11. Tony - balance RM11.00
  12. Boolat - fully paid. thank you
  13. Mama - on the spot payment
  14. Jinggo - on the spot payment
  15. Olie - on the spot payment
  16. Zahlan - balance RM2.20
  17. Bapak - on the spot payment
Selamat berbuka puasa ye!

Jumpa di Kunang2!!!
(more info: www.kunangkunang.com.my)

Thursday, September 3, 2009

Berbuka Puasa 948 di Kunang Kunang, 12 Sept (Sabtu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Disebabkan kelembapan maklumbalas dari pihak kita, dengan ini dukacita dimaklumkan bahawa KGPA telah penuh pada hari Sabtu 12/9/2009. Namun begitu, atas inisiatif Saudara Fadli (love you bro!) yang telah menguruskan juga majlis kita ini walaupun berkemungkinan tidak dapat bersama kita nanti, beliau telah berjaya menempah tempat untuk majlis kita di Kunang Kunang (tempat kejadian tahun lepas).

Kunang Kunang dipilih kerana ada menyediakan kambing golek (lauk wajib batch). Walaupun begitu, bayaran yang dikenakan disana adalah lebih berbanding di KGPA. Setelah Saudara Fadli ke Kunang Kunang (love you again bro!), beliau berjaya menempah kerusi sebanyak 12 tempat (oleh kerana sambutan kurang menggalakkan tahun ini) dan bayaran bagi berbuka puasa nanti ialah RM57.20 plus tax (er, ni dah masuk tax ke belum Boy? konfius aku...).

Jika ada sebarang pertambahan peserta, bolehlah dimaklumkan kepada Saudara Fadli dengan kadar yang segera untuk penempahan tempat. Bayaran pula bolehlah dijelaskan kepada Saudara Fadli (again, love your commitment bro!) ataupun Saudara Rasis (aku la tu...).

Berikut adalah senarai pembayar terdahulu

1. Pilot
2. Sukun
3. Cop
4. Najib
5. Tony
6. Walla
7. Wanted

Diharap nama-nama diatas maklum akan pertambahan bayaran nanti.

Senarai kehadiran

1. Pilot
2. Sukun - jangan lupa bawak ubat
3. Cop
4. Najib - ko tak bawak wife+anak-anak ke?
5. Jinggo
6. Pijis
7. Bapak+wife+anak
8. Tony
9. Zahlan
10. Wanted

Untuk memeriahkan suasana kekeluargaan (seperti kata Saudara Najdan), diharap agar majlis kita ini akan diserikan dengan kehadiran isteri/anak-anak/tunang/girlfriend masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Majlis Berbuka Puasa STAROBA

Majlis Berbuka Puasa STAROBA akan diadakan pada hari Khamis, 10hb September, 2009 bertempat di Dewan Al Malek Faisal, Pusat Matrikulasi, UIA, di Seksyen 17 Petaling Jaya.

Semua ahli dijemput hadir.

Majlis akan bermula jam 7:00 petang.

Tahniah Lonchai

Tahniah atas kelahiran anak lelaki Lonchai pada 26/8/2009.

Tu je maklumat yang dia SMS kat aku. BTW, tahniah dan selamat ber"puasa" ye Lonchai... hahaha~

Majlis Berbuka Puasa STAR Batch of 38 (KGPA Bukit Kiara, 12/9/2009)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sehubungan dengan majlis kita yang akan datang, ada lagi tak yang berminat untuk join? Harap dapat dipercepatkan proses pendaftaran sebab Encik Fadli aka Chef Rocker nak booking tempat. Kalau by this Friday, mana yang dah bagi nama+bayar akan diutamakan dahulu untuk tempatnya nanti.

Lagi satu, aku dapat tau yang batch Meru (SPM 2000) pun buat majlis buka puasa hari & tempat yang sama, so aku takut tempat penuh je nanti... bak kata Chef Rocker, especially yg bujang2 tuh mehlaa turun... mana tau ketemu jodoh masa tgh ambik lauk ker...

Selamat berbuka puasa :p


KOMITMEN setakat ini :

1. Chef Rocker (TBC - kalau dapat join, dia sponsor kek sorang satu...)
2. Pilot (paid)
3. Skn (paid - jangan lupa bawak ubat)
4. Cop (paid)
5. Jinggo
6. Najib (paid)
7. Pijis
8. Wanted (paid)
9. Bapak+wife+anak (paid - kena curi-curi makan kambing panggang, nanti wife aku marah)
10. Tony (paid dah kot, aku tak check akaun lagi)
11. Samy Walla (paid)

Kehadiran yang diharapkan :

1. Mama (ko cakap kalau 12hb ko boleh join)



Sapa nak join, sila berikan:

1) Nama
2) Berapa orang (jika bawak bini atau anak)
3) Bank-in RM46.20/person ke akaun Maybank aku:

(untuk no akaun, sila SMS aku)

4) Lepas bank-in sila inform dalam mailing list nih atau SMS aku 012-9055006

info KGPA :

1. Katerer KGPA : klik sini
2. Menu Hari Sabtu : klik sini
3. Peta ke PGPA : klik sini

Wednesday, September 2, 2009

Breaking News : Lets pray for Molly's dad recovery

Bekas Timbalan KPN parah dalam kemalangan
01/09/2009 11:29pm

KUALA LUMPUR 1 Sept. — Bekas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohd. Sedek Ali cedera parah di kepala selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM 17, Lebuh Raya Grand Saga berhampiran stesen minyak Petronas dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Mohd. Sedek, 60, yang memandu seorang diri sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Saujana Impian, Kajang.

Katanya, Mohd. Sedek kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

“Beliau yang memandu kereta Mercedes Benz E230 dipercayai hilang kawalan kemungkinan akibat jalan licin kerana hujan lebat dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh sebuah kereta Proton Iswara,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemandu kereta Proton Iswara tersebut tidak cedera.

Mohd. Sedek menyandang jawatan tersebut pada 2004 sebelum bersara kira-kira setahun kemudian. - Bernama

Tuesday, September 1, 2009

Walimatul Urus

Assalamualaikum w.b.t. bros,


Aku nak mengambil kesempatan ini utk menjemput/memaklumkan kawan2 semua, starians batch of 38 ke majlis kenduri kahwin aku pada 26hb Sept '09 bertempat di Kuala Terengganu. Sila refer attachment utk softcopy kad kahwin.

Yang duk belah pantai barat tu xyah susah2 nk dtg la. Jauh giler beb! lepas raye plak tu.. hahahaaa

regards,


Nazif G2
University Malaysia Terengganu
Terengganu. MALAYSIA.


p/s : soft copy aku tak attach sebab kecik sangat. sengal la G2 ni...

Tahniah Pau

Tahniah kpd Pau yg mendapat baby boy, 2.04kg, pada 6.38pm 31 Ogos... Semoga berbahagia... :)

Fadli Halim

p/s : selamat ber"puasa"...

-bapak-

Friday, August 28, 2009

Tahniah Razik

tahniah kepada razik atas kelahiran Sofia Nur Zaara pada hari rabu, 26 ogos 2009 jam 7.06 pm. welcome to the fathers club razik.

p/s : jangan lupa bayar zakat fitrah & selamat ber"puasa" :-D

Berbuka Puasa 2009

A'kum kengkawanku sekalian...

Memandangkan terdapat kerenah birokrasi tentang hal berbuka puasa ini, dengan ini aku volunteer diri selaku organizer (beserta En. Rasis) memaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa 948 akan diadakan di KGPA Mont Kiara pada 13 Sept (Ahad) setelah mengambilkira faktor2 berikut...

1) Mengikut poll, majoriti mahukan weekend tersebut. Hari Ahad apa salahnya kan (sebenarnya Sabtu aku x boleh sbb ada hal family)... takkanlah kenyang sampai tak boleh memandu dan bekerja keesokannya ye tak??? Melampau betul... hehehe...

2) Aku dah call KGPA memang ada kosong lagi. Harga pun berpatutan yakni RM46.20/person. Kalau kita ada 12 orang, boleh beli baucer dgn harga 10 orang (RM462.00) bermakna jimat la (sorang jadi RM38.50). Menu pun okey... ada kambing panggang, ikan bakar, sate... hmmm...

3) Tempat solat luas, boleh muat 60 orang.

((Maklumat lanjut ttg KGPA & menu... sila tgk sini yer...http://www.azampandan.com/ramadhan%20buffet/ramadhan_buffet.html))


Sapa nak join, sila berikan:

1) Nama
2) Berapa orang (jika bawak bini atau anak)
3) Bank-in RM46.20/person ke akaun Maybank aku:

(sila hubungi aku untuk no akaun)

(sekiranya cukup orang & boleh beli baucer, balance akan dipulangkan pada hari berbuka tersebut... kalo tak, kira harga biasa la...)

4) Lepas bank-in sila inform dalam mailing list nih atau SMS aku 013-3970131.

Senarai kehadiran akan dikeluarkan dari masa ke semasa. Tolong confirm & bank-in cepat sikit, takut nanti full plak. Paling minimum pun, rasanya Aku, Jinggo, Bapak, Najib, Skn & Cop dijangka hadir...

Akhir kata, marilah kita menjayakan Majlis Berbuka Puasa setahun sekali ini beramai-ramai okeh...!!!!