Wednesday, September 16, 2009

Program Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sepertimana tajuk di atas, sukalah aku untuk mencadangkan agar batch kita dapat menjalankan satu projek yang dikenali sebagai "Program Kembali Ke Sekolah : Eksplorasi Alam Kerjaya"/"Back To School Program : Career Guidance". Secara kasarnya, aku mencadangkan agar beberapa wakil dari batch kita untuk memberikan sedikit panduan kerjaya kepada adik-adik pelajar STAR sekarang. Sebagai contohnya, Pilot, Mama & Din boleh memberikan panduan bagaimana untuk menjadi seorang juruterbang, Joni & Shabab boleh memberi ceramah mengenai PTD, Sukun & Cop pula memberi pandangan mengenai kerjaya sebagai seorang jurutera perisian.

Batch kita juga banyak menghasilkan mereka yang terlibat di dalam industri 'oil & gas'. Selain daripada memberikan panduan mengenai kerjaya yang biasa, kita juga boleh meminta Khalid & Boy untuk memberi ceramah bidang 'Food & Beverage', satu bidang yang aku rasa agak jarang dipilih oleh pelajar STAR. Mungkin orang kaya Peon boleh memberi pandangan mengenai perniagaan beliau.

Mungkin ada juga kerjaya yang tidak aku sentuh disini, tetapi dengan adanya kerjasama dari kita semua, mungkin perkara ini boleh dipanjangkan kepada STAROBA untuk perhatian pihak berkenaan. Ini juga boleh dikatakan sebagai salah satu sumbangan batch kita kepada sekolah yang kita cintai.

P/S : Program yang sama juga pernah aku buat bulan Mei yang lalu dengan pasukan bola keranjang. Aku rasa, pihak sekolah juga berbesar hati menerima sumbangan kita ini. Kalau perkara ini emndapat sambutan, aku akan cuba panjangkan kepada pihak sekolah untuk mengatur masa. Dicadangkan program ini dijalankan seawal-awalnya tahun depan (Kalau tahun ni, aku rasa dah suntuk sangat).

Sunday, September 13, 2009

Terima Kasih

Saya selaku wakil organizer bagi Majlis Berbuka Puasa Batch of 38 Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh yang telah berlangsung semalam di Restoran Kunang Kunang, Gombak, mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa untuk beramah mesra sesama ahli. Kepada wife & anak Aloi yang sanggup bersama-sama menyertai majlis yang datang dari jauh, kepada isteri-isteri yang sanggup membiarkan suami masing-masing menjadi orang bujang, kepada Walla yang datang jugak walaupun lambat sikit, kepada Asak & Badut yang men'join'kan diri disaat-saat akhir, termasuk juga yang lain-lain, aku ucapkan jutaan terima kasih atas komitmen anda semua. Laporan majlis akan disediakan oleh Encik Boy.

p/s aku dengar ada yang nak buat majlis Hari Raya nanti. Kalau ada apa-apa perkembangan, akan diberitahu kelak

Friday, September 11, 2009

Senarai Ahli Mesyuarat Agung Batch 38, 12 September 2009, Restoran Kunang Kunang, Gombak

Senarai yg akan hadir majlis berbuka Sabtu ni ialah... (updated!)
  1. Boy - on the spot payment
  2. Pilot - balance RM11.00
  3. Najib - balance RM11.00
  4. Skn - fully paid. thank you
  5. Cop - fully paid. thank you
  6. Pijis - fully paid. thank you
  7. Wanted - balance RM15.20
  8. Walla - balance RM11.00
  9. Prai - return RM57.80
  10. Aloi & wife - on the spot payment
  11. Tony - balance RM11.00
  12. Boolat - fully paid. thank you
  13. Mama - on the spot payment
  14. Jinggo - on the spot payment
  15. Olie - on the spot payment
  16. Zahlan - balance RM2.20
  17. Bapak - on the spot payment
Selamat berbuka puasa ye!

Jumpa di Kunang2!!!
(more info: www.kunangkunang.com.my)

Thursday, September 3, 2009

Berbuka Puasa 948 di Kunang Kunang, 12 Sept (Sabtu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Disebabkan kelembapan maklumbalas dari pihak kita, dengan ini dukacita dimaklumkan bahawa KGPA telah penuh pada hari Sabtu 12/9/2009. Namun begitu, atas inisiatif Saudara Fadli (love you bro!) yang telah menguruskan juga majlis kita ini walaupun berkemungkinan tidak dapat bersama kita nanti, beliau telah berjaya menempah tempat untuk majlis kita di Kunang Kunang (tempat kejadian tahun lepas).

Kunang Kunang dipilih kerana ada menyediakan kambing golek (lauk wajib batch). Walaupun begitu, bayaran yang dikenakan disana adalah lebih berbanding di KGPA. Setelah Saudara Fadli ke Kunang Kunang (love you again bro!), beliau berjaya menempah kerusi sebanyak 12 tempat (oleh kerana sambutan kurang menggalakkan tahun ini) dan bayaran bagi berbuka puasa nanti ialah RM57.20 plus tax (er, ni dah masuk tax ke belum Boy? konfius aku...).

Jika ada sebarang pertambahan peserta, bolehlah dimaklumkan kepada Saudara Fadli dengan kadar yang segera untuk penempahan tempat. Bayaran pula bolehlah dijelaskan kepada Saudara Fadli (again, love your commitment bro!) ataupun Saudara Rasis (aku la tu...).

Berikut adalah senarai pembayar terdahulu

1. Pilot
2. Sukun
3. Cop
4. Najib
5. Tony
6. Walla
7. Wanted

Diharap nama-nama diatas maklum akan pertambahan bayaran nanti.

Senarai kehadiran

1. Pilot
2. Sukun - jangan lupa bawak ubat
3. Cop
4. Najib - ko tak bawak wife+anak-anak ke?
5. Jinggo
6. Pijis
7. Bapak+wife+anak
8. Tony
9. Zahlan
10. Wanted

Untuk memeriahkan suasana kekeluargaan (seperti kata Saudara Najdan), diharap agar majlis kita ini akan diserikan dengan kehadiran isteri/anak-anak/tunang/girlfriend masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Majlis Berbuka Puasa STAROBA

Majlis Berbuka Puasa STAROBA akan diadakan pada hari Khamis, 10hb September, 2009 bertempat di Dewan Al Malek Faisal, Pusat Matrikulasi, UIA, di Seksyen 17 Petaling Jaya.

Semua ahli dijemput hadir.

Majlis akan bermula jam 7:00 petang.

Tahniah Lonchai

Tahniah atas kelahiran anak lelaki Lonchai pada 26/8/2009.

Tu je maklumat yang dia SMS kat aku. BTW, tahniah dan selamat ber"puasa" ye Lonchai... hahaha~

Majlis Berbuka Puasa STAR Batch of 38 (KGPA Bukit Kiara, 12/9/2009)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sehubungan dengan majlis kita yang akan datang, ada lagi tak yang berminat untuk join? Harap dapat dipercepatkan proses pendaftaran sebab Encik Fadli aka Chef Rocker nak booking tempat. Kalau by this Friday, mana yang dah bagi nama+bayar akan diutamakan dahulu untuk tempatnya nanti.

Lagi satu, aku dapat tau yang batch Meru (SPM 2000) pun buat majlis buka puasa hari & tempat yang sama, so aku takut tempat penuh je nanti... bak kata Chef Rocker, especially yg bujang2 tuh mehlaa turun... mana tau ketemu jodoh masa tgh ambik lauk ker...

Selamat berbuka puasa :p


KOMITMEN setakat ini :

1. Chef Rocker (TBC - kalau dapat join, dia sponsor kek sorang satu...)
2. Pilot (paid)
3. Skn (paid - jangan lupa bawak ubat)
4. Cop (paid)
5. Jinggo
6. Najib (paid)
7. Pijis
8. Wanted (paid)
9. Bapak+wife+anak (paid - kena curi-curi makan kambing panggang, nanti wife aku marah)
10. Tony (paid dah kot, aku tak check akaun lagi)
11. Samy Walla (paid)

Kehadiran yang diharapkan :

1. Mama (ko cakap kalau 12hb ko boleh join)



Sapa nak join, sila berikan:

1) Nama
2) Berapa orang (jika bawak bini atau anak)
3) Bank-in RM46.20/person ke akaun Maybank aku:

(untuk no akaun, sila SMS aku)

4) Lepas bank-in sila inform dalam mailing list nih atau SMS aku 012-9055006

info KGPA :

1. Katerer KGPA : klik sini
2. Menu Hari Sabtu : klik sini
3. Peta ke PGPA : klik sini