Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Disebabkan kelembapan maklumbalas dari pihak kita, dengan ini dukacita dimaklumkan bahawa KGPA telah penuh pada hari Sabtu 12/9/2009. Namun begitu, atas inisiatif Saudara Fadli (love you bro!) yang telah menguruskan juga majlis kita ini walaupun berkemungkinan tidak dapat bersama kita nanti, beliau telah berjaya menempah tempat untuk majlis kita di Kunang Kunang (tempat kejadian tahun lepas).
Kunang Kunang dipilih kerana ada menyediakan kambing golek (lauk wajib batch). Walaupun begitu, bayaran yang dikenakan disana adalah lebih berbanding di KGPA. Setelah Saudara Fadli ke Kunang Kunang (love you again bro!), beliau berjaya menempah kerusi sebanyak 12 tempat (oleh kerana sambutan kurang menggalakkan tahun ini) dan bayaran bagi berbuka puasa nanti ialah RM57.20 plus tax (er, ni dah masuk tax ke belum Boy? konfius aku...).
Jika ada sebarang pertambahan peserta, bolehlah dimaklumkan kepada Saudara Fadli dengan kadar yang segera untuk penempahan tempat. Bayaran pula bolehlah dijelaskan kepada Saudara Fadli (again, love your commitment bro!) ataupun Saudara Rasis (aku la tu...).
Berikut adalah senarai pembayar terdahulu
1. Pilot
2. Sukun
3. Cop
4. Najib
5. Tony
6. Walla
7. Wanted
Diharap nama-nama diatas maklum akan pertambahan bayaran nanti.
Senarai kehadiran
1. Pilot
2. Sukun - jangan lupa bawak ubat
3. Cop
4. Najib - ko tak bawak wife+anak-anak ke?
5. Jinggo
6. Pijis
7. Bapak+wife+anak
8. Tony
9. Zahlan
10. Wanted
Untuk memeriahkan suasana kekeluargaan (seperti kata Saudara Najdan), diharap agar majlis kita ini akan diserikan dengan kehadiran isteri/anak-anak/tunang/girlfriend masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Harga barang akan terus naik dan mustahil akan turun. KENAPA?
-
1) Dulu semasa sekolah rendah saya bawa duit poket 50 sen, 30 sen
dibelanjakan untuk nasi lemak dan 20 sen untuk jajan (junkfood). Ketika itu
30 sen su...
10 years ago
No comments:
Post a Comment